Baktiria Punca Bau Badan

Baktiria adalah punca bau badan. Pelbagai cara boleh dicuba bagi menghapuskannya. Penggunaan tawas, daun sireh, deoduran dan lain-lain adalah antaranya. Namun keberkesanannya masih dipersoal kerana masih tidak menjadi. Cara paling berkesan ialah menghapuskan baktiria. Tiada baktiria, tiada bau.
Baktiria memang sedia ada di badan kita. Habitat yang paling sesuai untuknya ialah di bahagian-bahagian lembab badan kita seperti di ketiak, bawah payudara, celah-celah kemaluan. Tetapi yang paling banyak menyumbang kepada bau ialah ketiak kita.
Lembapan dari air peluh akan menjadikan tempat yang paling sesuai sebagai habitatnya. Mandi atau menyapu tawas dan lain-lain, boleh mengurangkan koloni baktiria yang ada, tetapi tidak dapat menghapuskannya seratus peratus. Sebab?
Sel-sel kulit kita memang mati sepanjang masa. Sel-sel kulit yang membentuk lapisan kulit kita, yang mati, akan membentuk lapisan yang menyimpan lembapan peluh, termasuk di ketiak. Inilah yang menjadi sasaran untuk dihapuskan. Caranya?
Gunakan bahan-bahan yang agak kasar seperti sabut kelapa adalah antara yang dapat menghakis lapisan kulit mati ini ketika mandi. Tetapi jika kita kurang selesa dengan sabut, maka boleh digunakan kain kasar, misalnya kain sintetik.
Kain ini dikilangkan dengan tekstur khas yang mampu menghakis lapisan kulit mati. Ketika mandi gunakan kain ini untuk menggosok. Berikan lebih tumpuan kepada ketiak dan tempat-tempat lain yang tersebut di atas.
Namun selepas mandi, besar kemungkinannya ada lagi saki baki baktiria di situ. Tindakan selanjutnya ialah membunuhnya. Gunakan bahan-bahan seperti tawas dan lain-lain tadi. Gunakan bahan body colongne. Sapukan di ketiak. Bahan ini membunuh baktiria melalui osmosis. Baktiria akan mati kekontangan. InsyaAllah bau badan akan hilang.
Kaedah ini amat berkesan jika dilakukan tiga kali sehari. Namun bagi mereka yang bekerja, di pejabat dan sebagainya, dicadangkan agar sdr/sdri sentiasa membawa body colongne. Bersihkan ketiak anda, dan sapukan atau renjiskan. Tujuannya ialah membunuh baktiria yang masih ada. Baktiria sentiasa membiak setiap saat. Jadi tujuannya adalah mencegah pembiakannya. Cubalah.