Kain Sintetik

Kain direka khas dengan kedua-dua belah mempunyai tekstur sebagai penghakis belulang kulit kita. Boleh tahan lama sehingga setahun. Sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita semua peringkat umur dan status. Mudah dikeringkan dan tidak menyukarkan untuk dibawa ke mana-mana, mahupun bagi mereka yang banyak berjalan dan menginap di hotel-hotel.

Ciri-ciri kain Sintetik
· Kain berkualiti
· Mampu mengeluarkan buih dengan sabun yang sedikit,
· baik untuk perjalanan darah,
· menghilangkan kotoran,
· menjaga kulit,
· mencegah kulit kasar
Daya gosokan yang selesa pada kulit, boleh tahan lama.

Cara menggunakan kain sintetik:
  • Gunakan kain ini untuk menggosok badan ketika mandi. Berikan lebih tumpuan di bahagian-bahagian ketiak, payudara, dubur dan kemaluan. Awas jangan sampai cedera.
  • Basahkan seluruh badan, dan lumur dengan sabun mandi, sehingga terbit buih-buih sabun yang banyak.
  • Basahkan kain sintetik dengan air, dan bubuh sedikit sabun mandi yang anda gunakan, dan gosokkan ke badan anda. Berikan tumpuan lebih di bahagian-bahagian yang disebutkan di atas.
  • Untuk menggosok bahagian belakang anda, tambahkan sabun kepada kain sintetik anda, pegang di kedua-dua hujung kain dengan kedua-dua belah tangan, dan gosokkan rata-rata, secara diognal.
  • Bersihkan secukupnya kain sintetik anda dengan air.
  • Jirus badan dengan air yang banyak untuk membuang kesan-kesan sabun tadi, sambil digosok-gosok dengan kain yang telah dibersihkan tadi.
  • Ada baiknya diulang langkah-langkah di atas sekali lagi.
  • Lap badan anda dengan tuala yang bersih. Elakkan menggunakan tuala yang sudah mula berbau. Tuala yang berbau adalah mengandungi mikrob.
  • Selepas mandi, segera renjiskan bahan body splash di bahagian ketiak dan bawah payu dara sahaja. (Jangan gunakan untuk bahagian dubur dan kemaluan!)
Mengapa body splash?
Sisa-sisa mikrob mungkin masih terdapat di ketiak, payudara, dubur dan kemaluan. Untuk menjamin badan anda benar-benar bebas dari mikrob, gunakan bahan body splash di bahagian-bahagian berkenaan. Namun, saya hanya memberikan tumpuan di bahagian ketiak sahaja. Jangan gunakan body splash di bahagian kemaluan.
Body splash adalah bahan beralkohol. Dengan menyapukan bahan ini sisa-sisa mikrob tadi akan mati kekeringan melalui proses osmosis. Sisa-sisa mikrob yang hidup amat mudah membiak kerana badan kita memang sentiasa berpeluh tanpa kita sedari. Air peluh inilah yang menjadi habitat hidup kepada mikrob, sekaligus menjadi makanannya. Ini akan menggagalkan usaha-usaha anda. Jadi penggunaan body splash adalah perlu. Sebagai ganti, anda mungkin boleh menggunakan bahan-bahan pencegahan lain seperti deodoran, air tawas dan sebagainya. Bahan-bahan seumpamanya selalu dicadangkan oleh laman-laman web tentang bau badan.
Sebagai Muslim, anda perlu mengambil tahu jenis alkohol yang terkandung dalam bahan-bahan body splash yang anda gunakan. Ini kerana ada pendapat menyatakan, alkohol adalah najis, kerana itu tidak boleh dibawa sembahyang. Wallahua’lam.

Faktor yang menggagalkan
  • Bulu ketiak akan menghalang kita untuk menghakis lapisan belulang sekitar ketiak. Jadi harus dibersihkan sepenuhnya, termasuk bulu-bulu di bahagian-bahagian kemaluan dan mungkin dubur.
  • Tuala mandi yang sudah mulai berbau besar kemungkinan mengandungi mikrob. Elakkan menggunakannya.
  • Baju kotor yang sudah mulai berbau juga besar kemungkinan mengandungi mikrob. Elakkan menggunakannya.
  • Jarang mandi.
Diimport dari Jepun. Ukuran sehelai 30sm x 95cmHarga sehelai untuk hari ini: (Kos penghantaran adalah percuma)
Semenanjung RM 45
Sabah / Sarawak RM 50
Indonesia RM 70
Sila hubungi saya melalui email: ybmate@yahoo.com atau SMS 6013-3377 242