Selasa, 22 Disember 2015

Bau badan dan mulut dilarang ke masjid

Bau badan dilarang ke masjid.

Pandangan ini dipadankan dengan sebuah hadis, yang bermaksud, 'Siapa yang makan buah ini, yakni bawang putih, janganlah datang ke masjid.' (Terjemahan Hadis Sahih Muslim: 513)
Rasulullah saw melarang keras orang yang baru lepas makan bawang mentah atau kucai, dari pergi ke masjid, kerana boleh menimbulkan gangguan bau kepada ahli jemaah yang lain. Kita lihat betapa kerasnya larangan ini sehingga disebut agar sembahyang di rumahnya sahaja.
Adalah menjadi satu kebiasaan bagi orang-orang di neraga Timur Tengah makan bawang mentah biarpun tidak disukai oleh sesetengah yang lain. Bagi kita di Malaysia, fenomena ini jarang ditemui, tetapi antara atara makanan kita yang boleh menimbulkan bau mulut sepertimana bawang mentah tadi ialah petai, jering dan durian atau tempoyaknya. Jadi bau ini juga tertakluk kepada hukum yang sama.
Iktibar dari hukum di atas, mengajar kita agar tidak berjemaah ke masjid jika badan kita berbau
Fenomena menunjukkan ramai yang kurang peduli dengan kedudukan ini. Mereka tetap datang berjemaah di masjid dalam keadaan berbau. Walhal jika dipertimbangkan, datang berjemaah itu hukumnya hanya sunat sahaja, sedangkan menimbulkan gangguan kepada ahli jemaah yang lain itu hukumnya haram. Apakah mereka ini tidak sedar bahawa perbuatan berkenaan itu adalah bertentangan dengan hadis Nabi saw.

1 ulasan:

edison casanova berkata...

Salam sejahtera,izinkan aku bertanya?