Selasa, 28 Mei 2013

Untuk kulit yang sensitif
Ada yang mempersoalkan apakah kain sintetik boleh digunakan oleh orang yang berkulit sensitif? Kulit sensitif yang dimaksudkan ialah (mungkin) kulit lembut yang mudah tercalar luka bila digosok dengan kain kasar. Ini adalah soalan yang wajar kerana dikaitkan dengan fungsi kain sintetik.
Kain sintetik pada dasarnya adalah kain penggosok badan ketika mandi; teksturnya yang kasar memang sesuai untuk semua jenis kulit, kulit semua peringkat umur lelaki atau perempuan, dan semua tahap sosio ekonominya (dari buruh sehingga pegawai atasan, atau lebih tinggi lagi); selagi kulit itu dalam keadaannya yang normal, tidak luka, boleh digosok dengan kain sintetik ini. Namun pastinya bagi kulit yang sensitif harus dijaga jangan sampai luka calar.
Mengapa mesti menggunakan kain sintetik?
Apa sahaja juga yang agak kasar boleh digunakan untuk menggosok badan dengan tujuan untuk menghakis belulang kulit yang mati. Penggunaan sabut kelapa yang pernah saya sebut sebelum ini misalnya, boleh digunakan juga, tetapi bagaimanakah caranya anda hendak menggosok belakang badan anda!
Kain sintetik berukuran 30x90cm cukup panjang untuk dipegang kedua-dua hujungnya bagi tujuan menggosok belakang badan kita, inilah kelebihannya. Bagi orang yang banyak travel, menginap pula di hotel tentulah tidak wajar menggunakan sabut kelapa untuk mandi di hotel; selepas mandi boleh disidai di bilik mandi, ini tentunya lebih menyenangkan mata memandang daripada kita menyidai sabut kelapa.
Teruskan menggunakan kain sintetik untuk menghapuskan bau badan secara semulajadi dan tidak menyulitkan urusannya. Terima kasih atas sokongan anda menggunakan kain sintetik.
******************************************************************************

Untuk mereka yang komited menjaga kecantikan muka - hapuskan kesan-kesan parut akibat luka, jerawat dan sebagainya, merawat pecah-pecah tumit.

Hubungi: wsap 019-2248404 atau sms 013-3377 242



Selasa, 7 Mei 2013

Bau badan berpunca daripada aktiviti mikrob menguraikan kandungan peluh. Hapuskan habitatnya dengan kain sintetik.

Tips: Jaga kebersihan ketiak
Ye, seperti yang telah disebutkan bahawa ketiak adalah bahagian yang kritikal berkaitan dengan bau badan; di sinilah mikrob banyak terkumpul, dan apabila kita berpeluh, koloni ini menguraikannya. Mikrob memang sukar dihapuskan 100%, namun saki bakinya akan sentiasa membiak setiap saat sepanjang masa berterusan. Tanpa habitatnya (kerana kita sudah hapuskan menggunakan kain sintetik), pembiakannya terkawal, yang hasilnya tidak banyak aktiviti menguraikan peluh.
Usaha-usaha berterusan harus dijalankan, jadi dicadangkan agar kita sentiasa menjaga kebersihan ketiak kita. Bagi mereka yang bekerja di pejabat sama ada pejabat swasta mahupun kerajaan, adalah dicadangkan agar memberish ketiak pada waktu rehat tengahari, caranya:
  • basahkan ketiak dengan sedikit sahaja air sabun, ya setakat basah sahaja,
  • bersihkan dengan kain tuala kecil yang lembab, atau tisu tandas,
  • keringkan, dan spray dengan body splash yang dicadangkan.
Bagi pengguna kain sintetik di rumah, tidak menjadi masalah kerana boleh sahaja mandi pada waktu tengahari selepas berpeluh mengurus rumah dan sebagainya.
Cadangan ini adalah sebagai bantuan tambahan bagi memastikan tidak timbul bau badan menjelang waktu bertugas sebelah petang. 

Terima kasih kerana menggunakan kain sintetik.
***************************************

Untuk mereka yang komited menjaga kecantikan muka - hapuskan kesan-kesan parut akibat luka, jerawat dan sebagainya, merawat pecah-pecah tumit. 

Hubungi: wsap 019-2248404 atau sms 013-3377 242