Jumaat, 4 Januari 2013

Bau badan dilarang ke masjid

Bau badan dilarang ke masjid.
Pandangan ini dipadankan dengan sebuah hadis, yang bermaksud, 'Siapa yang makan buah ini, yakni bawang putih, janganlah datang ke masjid.' (Terjemahan Hadis Sahih Muslim: 513)
Rasulullah saw melarang keras orang yang baru lepas makan bawang mentah atau kucai, dari pergi ke masjid, kerana boleh menimbulkan gangguan bau kepada ahli jemaah yang lain. Kita lihat betapa kerasnya larangan ini sehingga disebut agar sembahyang di rumahnya sahaja.
Adalah menjadi satu kebiasaan bagi orang-orang di neraga Timur Tengah makan bawang mentah biarpun tidak disukai oleh sesetengah yang lain. Bagi kita di Malaysia, fenomena ini jarang ditemui, tetapi antara atara makanan kita yang boleh menimbulkan bau mulut sepertimana bawang mentah tadi ialah petai, jering dan durian atau tempoyaknya. Jadi bau ini juga tertakluk kepada hukum yang sama.
Iktibar dari hukum di atas, mengajar kita agar tidak berjemaah ke masjid jika badan kita berbau.
Kita ke masjid dengan tujuan untuk sembahyang berjemaah, yang hukunya hanya sunat sahaja, tetapi membuat gangguan dengan bau hukumnya haram pula. Jadi apalah ertinya! Itu sebab diberitahu agar sembahyang di rumah sahaja. Ini menunjukkan betapa gawatnya keadaan yang timbul dari bau mulut. Inilah juga sebabnya kita disunatkan bersugi iaitu membersihkan mulut sebelum pergi berjemaah. Sebuah hadis dari Abu Hurairah ra menyebut Rasulullah saw bersabda yang maksudnya,
Kalaulah tidak akan menyusahkan umatku, akan ku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk.’ (Riwayat Ahmad)
Semoga entri ini memberi sedikit kesedaran kepada sesetengah kita yang tidak menyedari hukum yang disebut oleh hadis di atas itu. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: