Sabtu, 19 Februari 2011

Body splash

Khusus buat para pengguna Kain Sintetik yang bekerja di luar rumah.
Body splash merupakan regu utama kepada penggunaan kain sintetik. Mandi menggunakan kain sintetik berfungsi untuk menghakis lapisan kulit yang mati, sekali gus menghapuskan habitat baktiria. Tanpa habitat, musnahlah komuniti baktiria. Namun tidak dinafikan memang masih ada saki-baki baktiria di tempat-tempat tertentu seperti di ketiak, di bawah payu dara, dan lain-lain. Baktiria ini akan membiak bila-bila masa sahaja. Tindakan berikutnya ialah menggunakan body splash, bagi membunuhnya. Jadi kain sintetik dan body splash merupakan regu yang saling bantu membantu untuk satu objektif, mengatasi masalah bau badan.
Kepada mereka yang bekerja di pejabat, saya ingin cadangkan agar setiap masa kita sentiasa membawa body splash. Pada waktu-waktu rehat umpamanya selepas makan tengahari, ada baiknya sdr/sdri mencari peluang membersihkan bahagian ketiak terutamanya. Lakukannya di bilik air. Cuma perlu basuh dengan air, keringkan dan sapu atau semburkan body splash, walaupun tidak mandi. Ini akan membantu mengatasi masalah bau badan yang terbit setelah kita berpeluh sejak pagi tadinya. Selamat mencuba.